gravatar

HIJRAH RASULULLAH (S.A.W) (2)

RASULULLAH MENINGGALKAN RUMAHNYA
Di dalam suasana pihak Quraisy begitu prihatin dengan perancangan mereka, namun mereka gagal di saat terakhir dan kritikal ini, Rasulullah telah meminta Saidina Ali (r.a) dengan sabdanya, “Ayuh, kau tidur ditempatku ini dan berselimutlah dengan kain Hadramiku ini, dan lenalah, tiada suatu pun yang kau tidak suka itu akan terkena kau”. Sebenarnya Rasulullah tidur biasa berselimut dengan kainnya itu.
Rasulullah pun keluar, membelah barisan sekatan mereka malah Rasulullah telah mengambil segenggam pasir dari atas tanah di mana baginda menaburkannya ke atas kepala mereka semua dan Allah membuta penglihatan mereka hingga mereka tidak sedikit pun melihat Rasulullah keluar di masa itu sambil membaca ayat Allah yang bermaksud:
“Dan Kami jadikan sekatan di hadapan mereka, dan sekatan di belakang mereka. Lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat.
(Yaa Siin: 9)
Tidak seorang pun dari mereka yang terkecuali, malah kesemua mereka diletakkan tanah ke atas kepalanya, baginda terus berjalan ke rumah Abu Bakr. Rasulullah dan Abu Bakr keluar melalui jendela di rumah Abu Bakr di malam itu juga, hingga sampai ke gua Thur yang terletak dipertengahan perjalanan ke arah Yaman.
Mereka yang mengepung rumah Rasulullah menunggu-nunggu detik terakhir, malangnya sebelum sampai saat dan ketikanya terbongkar kegagalan, di mana seorang lelaki lain yang tidak bersama mereka telah datang menemui mereka semua, mendapati mereka sedang berkawal rapi di pintu rumah Rasulullah dengan katanya, “Apa yang kamu tunggu ini?” Jawab mereka, “Kami menunggu Muhammad”. Jawab lelaki tadi, “Kau sudah gagal dan kehilangan peluang. Demi Allah, Muhammad sudah berlalu dari sini, malah telah menabur tanah-tanah ke atas kepala kamu semua dan kini beliau sudahpun beredar untuk tujuannya”. Jawab mereka semua, “Demi Allah, kami tidak melihatnya pun”. Mereka semua bangun, mengibas tanah dari kepala masing-masing.
Mereka cuma mengintai dari celah pintu dan mendapati Ali di tempat tidur Rasulullah, maka mereka berkata “Demi Allah, itu dia Muhammad sedang tidur berselimut dengan kainnya”. Oleh itu, mereka pun tidak bergerak dari tempat masing-masing hinggalah ke subuh. Pada masa itu, Ali pun bangun dari tidurnya. Alangkah terkejut melihat keadaan yang mengecewakan itu, lalu mereka pun bertanya kepada Ali di mana gerangannya Muhammad. Jawab Ali, “Aku tidak ada muklumat mengenainya”.

DARI RUMAH KE GUA
Rasulullah meninggalkan rumahnya pada malam 27 bulan Safar tahun keempat belas kebangkitan baginda bersamaan 12 atau 13 September tahun 622 Masihi. Baginda tiba ke rumah temannya Abu Bakr yang merupakan manusia yang paling dipercayai oleh Rasulullah, untuk persahabatan dan hartanya. Kemudian mereka berdua beredar keluar dari rumah Abu Bakr dari pintu belakang, untuk lari dari Makkah secepat mungkin dan sebelum fajar menyinsing.
Rasulullah menyakini yang Quraisy akan berusaha sedaya upaya mereka untuk memburunya dan jalan yang akan terlintas dipemikiran Quraisy ialah jalan utara menuju ke Madinah maka sebab itu Rasulullah mengambil jalan yang mencanggahi jalan ke utara, iaitu jalan yang berada disebelah selatan menghala ke negeri Yaman, baginda mengambil jalan itu yang sejauh lima kilometer hingga tiba ke bukit yang dikenali sebagai Jabal Thur, ianya mempakan bukit yang tinggi, jalannya sukar, pendakiannya berhalangan, berbatu-batu hingga melecet tapak kaki baginda (s.a.w). Diceritakan bahawa Rasulullah terhincut-hincut dengan tujuan menyembunyikan kesan tapak kakinya hingga melicit tapak kaki baginda, walau bagaimana sekali pun Abu Bakr telah mendukung Rasulullah, sesampainya mereka ke Jabal Thur itu, terasa berat oleh Abu Bakr namun beliau dapat menyampaikan baginda ke kemuncak bukit, dalam sejarah Islam dikenali sebagai gua Thur.

gravatar

HIJRAH RASULULLAH (S.A.W) (1)

Sebaik sahaja keputusan durjana diambil untuk membunuh Rasulullah, Jibril pun turun menemui Rasulullah, dengan wahyu dari TuhanNya Tabaraka Wataala, Jibril memberitahu pakatan jahat Quraisy, kini Allah telah mengizinkan baginda untuk keluar berhijrah, dengan menentukan masa pergerakan hijrah dengan katanya: “Malam ini jangan kau tidur di tempat kau yang biasa tidur itu”.
Di tengah hari rembang Rasulullah datang menemui Abu Bakr as-Siddiq untuk memastikan kepadanya jadual hijrah, Saidatina Aisyah (r.a) telah menyebut: Semasa kami sedang duduk di rumah Abu Bakr, di ketika rembang hari, ada seorang berkata kepada Abu Bakr, “Itu Rasulullah berkelubung datang di saat yang tidak biasa baginda menziarahi kami”, kata Abu Bakr demi Allah, baginda tidak datang di ketika ini, kecuali untuk urusan besar.
Kata Aisyah: Maka tibalah Rasulullah, lalu baginda meminta izin, lantas baginda masuk sambil berkata kepada Abu Bakr, “Boleh kau keluar sekejap”. Jawab Abu Bakr, “Mereka ini semua keluarga engkau Rasulullah, demi engkau sebagai bapaku wahai Rasulullah”. Kata baginda, “Kini aku telah diizinkan untuk keluar”. Jawab Abu Bakr, “Demi kau sebagai bapaku, apakah aku mengiringi tuan hamba?” Jawab Rasulullah, “Ya, memang begitu”.
Setelah ditetapkan perancangan hijrah, maka Rasulullah pun pulang semula ke rumahnya, menunggu ketibaan malam.
PENGEPUNGAN RUMAH RASULULLAH S.A.W
Pimpinan dan kepala jenayah Quraisy menghabiskan siang mereka untuk menyempurnakan perancangan dan persiapan seperti yang diputuskan oleh sidang Dar al-Nadwah, sebelas orang kenamaan wakil kabilah masing-masing ialah seperti:
1. Abu Jahal bin Hisyam
2. Al-Hakam bin Abi al-As
3. Ugbah bin Abi Muit
4. al-Nadhr bin al-Harith
5. Umaiyah bin Khalaf
6. Zamaah bin al-Aswad
7. Tu’imah bin ‘Adi
8. Abu Lahab
9. Ubai bin Khalaf
10. Nabyah bin al-Hajjaj
11. dan saudaranya Manbah bin al-Hajjaj
Kata Ibnu Ishak: Bila malam bergerak gelap, mereka pun berkumpul di pintu menunggu baginda tidur, di masa itu mereka akan menyerang serentak. Mereka dengan penuh keyakinan dan kepercayaan yang mereka akan berjaya dengan pakatan jahat itu, di mana Abu Jahal berdiri dengan penuh sombong dan ujub, sambil mereka bertanya kepada semua pengikutnya itu, yang sedang mengepung rumah Rasulullah penuh senda dan ejekan terhadap kesudahan Rasulullah dengan katanya, “Itu dia Muhammad yang pernah menjanjikan kamu semua, sekiranya kamu mengikutnya beliau akan serah kuasa kepada kamu sebagai Mahajara Arab dan Ajam, kemudian kamu akan dibangkitkan semula dari kubur kamu, deng menyerahkan kunci syurga seperti taman-taman di Jordan kononnya, dan sekiranya kamu tidak mahu menurutinya kau akan disembelihnya, setelah itu kamu akan dihidupkan semula kemudian sekali lagi kamu akan diazab dengan disumbat ke dalam neraka yang membakar”.
Masa tindakan adalah ditengah malam, untuk itu mereka berjaga sepanjang malam menunggu detik terakhir, namun Allah mengatasi seluruh perancangan. Mentadbir petala langit dan bumi, Tuhan mampu berbuat segala sesuatu yang dikehendakinya, ianya mampu melanggar sesuatu tetapi tiada suatu pun yang mampu melanggarNya. Memang Allah melaksanakan sesuatu seperti yang disuarakan kepada Rasulullah dengan mafhumnya:
“Dan ingatlah (Wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan lipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya”.
(al-Anfal: 30)

gravatar

Memang jimat pakai pelan celcom baru (X2)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEindFq7RmDEzjV5bAxDli6znlhUFo7F3qzMhrM87fjp0sUW3RslVl628QgvodUyQ-6ggFBYcnkSFzJzoZTbHnx9Ksvyq2rUiYLXBbc5j7NZ96sW7XkBYiYYd7QnmqaI2d6DS8ErRxA995wW/s1600/xpax+new.JPG


Yap, sejak aku pakai pelan baru ni, memang jimatlah skit untuk belanja topup, mana taknya, Celcom dah buat promosi pelan baru yang sangat menjimatkan...

Ni kelebihan Pelan xpax baru (X2) :

"28sen/10 minit masa berbual ke nombor celcom
1sen/SMS ke nombor celcom

dan

28sen/5 minit masa berbual ke nombor lain-lain
5sen/SMS ke nombor lain-lain."


Cara nak register taip jer kat henset korang MIG X2 dan hantar ke 28882
Kemudian tunggu pengesahan. Seterusnya taip MIG YES dan hantar ke 28882

Bagaimanapun sebagai permulaan dia akan cas sebanyak RM5.

Berbaloi lagi laa kan? Apa lagi yang ditunggu. Jomla register... :)

gravatar

Terjemahan Bacaan Talkin

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul mawuts"


Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang
berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,

Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik
dan siapa yang kecewa.

Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk
menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada
orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan
zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasamenghukum,

manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah
Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa
bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya
melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang
malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah
berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta
janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba
Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan
sehabis-habis terang, tepat dan betul.

Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah,
biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,

Muhammad Rasulullah saw nabiku,

Islam agamaku,

kitab suci Al-Quran ikutanku,

Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan,mengeluark an zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas
aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan
dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah
Muhammaddur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang
paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam
Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula
untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun
dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan
berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan
kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, dan syurga dan
neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha
berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi
Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan
hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati
kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang
seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa
mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham
dulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul mawuts"

Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada
di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang
ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati
dengan kesabaran." Surah Al-A'sr .

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah
pesanku walaupun satu ayat..."

gravatar

Iban serbu pejabat SUPP tuntut 'habuan'



Lebih 100 penduduk Iban menyerbu ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Sibu semalam dan menuntut baki RM400 setiap seorang yang dijanjikan bagi menyokong seorang calon pada pilihan raya negeri yang lalu, dakwa sebuah pemantau pilihan raya.

supp alleged money politic 250411 02Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan lewat petang semalam, Pemantau Pilihan Raya Sibu (SEW) mendakwa penduduk Iban berkenaan berang kerana tidak mendapat bayaran 'baki' tersebut meskipun telah dijanjikan oleh agen pilihan raya SUPP dan tua rumah panjang sebelum pilihan raya.

Sebaik menerima berita berkenaan, SEW menghantar dua perwakilannya ke ibu pejabat SUPP bagi memanatu keadaan.

Dalam siasatannya, SEW berkata pihaknya mendapati bahawa penduduk Iban dijanjikan bayaran RM100 sebelum hari mengundi 16 April lalu dan sekiranya calon SUPP menang, setiap seorang daripada mereka akan menerima RM400 lagi selepas pilihan raya.

supp alleged money politic 250411 01SEW mendakwa sebelum ini, perwakilannya juga menyaksikan penduduk Iban daripada sekurang-kurangnya dua rumah panjang dibayar 'baki' RM400 berkenaan.

Dakwa pemanatau pilihan raya itu lagi, penduduk Iban itu daripada Rumah Chandi, Rumah Pasang dan Rumah Ujang.
__._,_.___